Home » Citra Yadim » YADIM Zon Utara anjur Ziarah Kasih dan Street Dakwah Perlis

YADIM Zon Utara anjur Ziarah Kasih dan Street Dakwah Perlis

KANGAR 15 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjur program Ziarah Kasih dan Street Da`wah Perlis pada 11 Mei lalu yang melibatkan pelbagai aktiviti dakwah termasuk ceramah, lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan edaran bahan informasi dakwah di beberapa lokasi di sini.

Program ini turut dijayakan bersama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dengan kerjasama Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung (GPMS), Perlis.

Pengurus Eksekutif  YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program yang diadakan itu telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sekaligus memberikan kesan yang positif kepada gerakan dakwah di negeri ini.

“Rata-rata maklum balas yang diberikan adalah positif dan mereka mengharapkan program ini dapat diadakan lagi kerana pendekatan dakwah yang digunakan secara santai amat menarik dan mendapat manfaat secara terus kepada khalayak,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan telah bermula seawal jam 8 pagi dengan program `Selebar Senyuman bersama Warga Emas’ yang dijalankan di Rumah Seri Kenangan, Jejawi, Perlis.

Katanya, antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah forum bertajuk `Anakku Sazali’ yang menampilkan tiga ahli panel iaitu Lutfi Amir Saidin, Mohd Emeran Abdul Salam dan Che Nazrah Binti Yusof.

Jelasnya, program ini diteruskan dengan `Ziarah Kasih’ di Hospital Tuanku Fauziah yang diadakan dengan tujuan bagi menunjukkan rasa simpati kepada para pesakit yang ditempatkan di hospital serta  memberi kefahaman berkaitan hikmah ujian Allah melalui kesakitan.

“Program ini juga bertujuan mendidik para pesakit agar bersabar menerima ujian kesakitan dan dalam masa yang sama peserta-peserta program mendoakan para pesakit agar segera sembuh dari penyakit yang dihidapi,’’ katanya.

Turut bersama dalam ziarah kasih ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Hospital Kangar, Dato’ Dr. Abdul Karim Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Mohamad Hazam Ismail, Pengerusi Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung (GPMS) Perlis, Aisham  Yaakob, Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Utara, Fauzi Bin Adnan dan Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Areff Affandy Ariffin.

Beliau berkata, selain daripada acara lawatan, program Street Da`wah turut diadakan pada sebelah petang di sekitar Denai Larian, Kangar dan program berkenaan telah menarik minat  orang ramai untuk bersama dalam program ini.

“Aktiviti yang dijalankan ialah edaran flyers Jom Solat dan Jauhi Zina dan tazkirah santai dari Pencetus Ummah Azraie,’’ katanya.

Pada sebelah malam program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah bersama penghuni Rumah Kanak-kanak Arau dan disusuli dengan ceramah bertajuk `Motivasi Insan Cemerlang’ yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Azraie.

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *