Home » Citra Yadim » MPWIM laksanakan Bicara Sakinah di markas TLDM

MPWIM laksanakan Bicara Sakinah di markas TLDM

KUANTAN 12 Mei – Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya melaksanakan lima program Bicara Sakinah bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di markas-markas TLDM di seluruh negara sejak tahun lepas.

Eksekutif Kanan MPWIM, Norhayati Azmi berkata, setakat ini program berkenaan telah berjaya dilaksanakan di Lumut, Tanjung Pengelih, Teluk Sepanggar, Semporna dan Kuantan melibatkan hampir 4,000 anggota TLDM dan ahli keluarga.

Beliau berkata, dalam program di Kuantan iaitu pada 6 Mei 2017, bertempat di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tldm Tanjung Gelang, seramai 905 anggota dan keluarga turut serta dalam aktiviti yang diadakan.

“Sememangnya tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi input-input berguna kepada anggota TLDM dan ahli-ahli keluarga mereka tentang kekeluarga Islam yang meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan anak-anak, urusan kewangan keluarga dan sebagainya.

“Selain daripada sesi ceramah, pada setiap program Bicara Sakinah diadakan, para penceramah juga mengadakan klnik kaunseling bagi membolehkan anggota TLDM mendapatkan khidmat nasiihat dan rujukan mengenai pelbagai isu dan kemusykilan,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam sesetengah aspek, terdapat anggota masyarakat sememangnya mempunyai pengetahuan yang kurang seperti undang-undang keluarga dan pengurusan kewangan yang boleh memberi kesan negatif kepada ahli keluarga mereka.

Oleh yang demikian katanya, Bicara Sakinah telah dibentuk dengan objektif untuk membimbing para peserta dalam aspek pembinaan keluarga yang mempunyai keunggulan sahsiah di kalangan masyarakat, dapat menggerak individu yang lain serta peka terhadap isu semasa di persekitarannya.

“Bicara Sakinah mengupas tentang peranan setiap individu dalam membangunkan model keluarga Islam yang boleh dicontohi dan mengetengahkan cadangan penyelesaian berkaitan isu-isu semasa berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.

Menurutnya lagi, program Bicara Sakinah adalah satu program dakwah bertujuan menggalakkan masyarakat mengukuhkan institusi kekeluargaan, sekaligus menjadi platform melahirkan lebih banyak keluarga mithali.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *