Program pasca banjir YADIM Timur

KUALA TERENGGANU 19 Januari – Bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, yang mengalami pelbagai kesulitan dan kemusnahan harta benda, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan beberapa program  di kedua-dua negeri berkenaan baru-baru ini. Antara program  yang diadakan termasuk program Cakna Pasca Banjir 2017, di beberapa buah kampung di sekitar Pasir Puteh pada […]

Myanmar beri kelulusan Flotilla masuk Sittwe

PETALING JAYA 19 Januari – Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine. Katanya kapal flotilla akan berlabuh di pelabuhan di Yangon dahulu untuk memuatkan bantuan ke atas lori-lori untuk dibawa ke Sittwe […]

Setuju inisiatif dialog antara agama di Myanmar

KUALA LUMPUR 19 Januari – Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini sebulat suara bersetuju untuk inisiatif bersama antara pertubuhan itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Asean diterokai untuk membantu kerajaan Myanmar mengadakan dialog antara agama di negara itu. Ketika ditemui pada Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya […]

OIC laung nada kecewa terhadap kepemimpinan Myanmar

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Satu ketika dahulu, kejayaan Aung San Suu Kyi ‘merampas’ tampuk pemerintahan Myanmar dilihat bakal membawa sinar baharu kepada negara itu, namun segala-galanya kini bagaikan tidak membawa apa-apa makna. Kerajaan baharu itu dilihat gagal untuk menghentikan keganasan yang berterusan membabitkan penduduk Rohingya. Atas dasar itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui Setiausaha […]

Peluang menjadi mentee kepada golongan profesional dan akademik

KUALA LUMPUR 19 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Majlis Dakwah Negara (MDN) mempelawa golongan belia berumur di antara 18 dan 30 tahun menyertai program pementoran Panel Perpaduan Ummah (PPU). Melalui program ini golongan belia yang terlibat berpeluang menjadi mentee kepada golongan akademik dan profesional dalam pelbagai bidang yang mengganggotai PPU atau dikenali […]

Bekas bintang bola sepak Mesir dituduh pengganas kerana biaya Ikhwan Muslimin

KAHERAH, 19 Januari – Mahkamah Mesir menyenaraikan Mohamed Abu Treka dalam senarai pengganas atas tuduhan bekas bintang bola sepak negara itu memberi sumbangan kepada gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Pemerintah Mesir mendakwa Abu Treka membiayai Ikhwan Muslimin, pertubuhan yang dianggap pengganas sejak akhir 2013. Berdasarkan undang-undang antikeganasan 2015 yang dilaksanakan Abdel Fattah Al-Sisi, mana-mana individu yang […]

OIC desak PBB campur tangan

KUALA LUMPUR 18 Januari – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didesak untuk campur ta­ngan menghentikan keganasan terhadap penduduk et­­nik Islam Ro­hingya di Wilayah Rakhine supaya jenayah pembersihan etnik yang pernah berlaku di Kemboja dan Rwanda tidak berulang kembali. Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penindasan terhadap etnik ber­ke­naan […]

45,947 pusat judi haram di Negeri Sembilan diserbu tahun lepas

SEREMBAN, 18 Januari – Sebanyak 45,947 pusat judi haram di negeri ini diserbu dengan 123 premis dikenakan tindakan dipotong bekalan elektrik dan air, sepanjang tahun lepas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada jumlah itu, hanya 373 serbuan berjaya didakwa, berikutan modus operandi operator judi yang berubah dengan menjalankan kegiatan judi dalam talian. “Kadang-kadang […]

Resolusi Bengkel Pendidikan Nasional 2017.

KUALA LUMPUR 18 Januari – Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 anjuran Kluster Pendidikan,   Majlis Amal Islami Malaysia (Maim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 17 Januari  (YADIM) telah mengeluarkan satu resolusi yang mengandungi 20 perkara. Resolusi bengkel yang membawa tema “Memperkasa Pendidikan Islam, Menjana Modal Insan Berpersonaliti Unggul” itu telah dibacakan oleh Pengerusi Kluster Pendidikan MAIM, […]

Sistem pendidikan Islam perlu sentiasa dikemaskini

KUALA LUMPUR 18 Januari – Sistem pendidikan Islam di negara ini perlu sentiasa dikemaskini agar ia benar-benar disesuaikan dengan keadaan masyarakat masa kini dan berkesan dalam membendung masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, dengan pelbagai perkembangan yang berlaku pada kini, sewajarnya pendidikan Islam turut […]