Home » Citra Yadim » Program pasca banjir YADIM Timur

Program pasca banjir YADIM Timur

KUALA TERENGGANU 19 Januari – Bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, yang mengalami pelbagai kesulitan dan kemusnahan harta benda, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan beberapa program  di kedua-dua negeri berkenaan baru-baru ini.

Antara program  yang diadakan termasuk program Cakna Pasca Banjir 2017, di beberapa buah kampung di sekitar Pasir Puteh pada 14 dan 15 Januari lalu.

Program berkenaan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki  meliputi pelbagai program termasuk lawatan ke rumah mangsa banjir, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong dan penyampaian bantuan.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, tumpuan program berkenaan terutama dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan adalah di rumah-rumah golongan kurang upaya, pesakit, ibu-ibu tunggal, surau dan balairaya.

“Secara keseluruhannya YADIM juga telah menyampaikan bantuan berupa makanan keperluan harian kepada 150 mangsa banjir di sekitar Pasir Puteh

Beliau berkata, program Cakna Pasca Banjir Kelantan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM-Kolej Poly-tech Mara (KPTM), Pusrawi International College of Medical Sciences, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.

Sementara itu, di Terengganu, beliau berkata, program turut diadakan di beberapa daerah dan turut melibatkan aktiviti gotong-royong dan penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir.

Katanya, antara pihak lain yang turut bersama-sama dalam program berkenaan termasuk

Sukarelawan Al-Falah Jerong Tuan, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA), Yayasan Islam Terengganu cawangan Daerah Marang, Persatuan Guru Kafa Negeri Terengganu (PERKAT) dan Pejabat Perpaduan dan Integrasi Daerah Marang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *