Home » Citra Yadim » Sistem pendidikan Islam perlu sentiasa dikemaskini

Sistem pendidikan Islam perlu sentiasa dikemaskini

KUALA LUMPUR 18 Januari – Sistem pendidikan Islam di negara ini perlu sentiasa dikemaskini agar ia benar-benar disesuaikan dengan keadaan masyarakat masa kini dan berkesan dalam membendung masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, dengan pelbagai perkembangan yang berlaku pada kini, sewajarnya pendidikan Islam turut terdapat membuat beberapa perubahan agar ia menjadi benteng kepada umat Islam dalam menghadapi cabaran berkenaan.

“Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamik dan dengan sebab itu ia perlu sentiasa berubah selaras dengan perubahan yang berlaku,’’ katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 di sini pada 17 Januari.

Beliau berkata, sistem pendidikan Islam seharusnya dapat menjadi satu alat yang boleh membendung daripada menularnya perkara-perkara negatif sekarang seperti fahaman ekstremisme dan gejala sosial di kalangan remaja.

Mengulas mengenai bengkel yang diadakan itu, beliau berkata, inisiatif untuk mengadakan program berkenaan telah digerakkan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) iaitu satu majlis menggabungkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Justeru, katanya, bengkel berkenaan adalah satu manefestasi suara golongan aktivis yang sentiasa berada di dalam masyarakat dan memahami apakah yang sedang berlaku di peringkat akar umbi.

“Dengan sebab itu, adalah diharapkan bengkel ini dapat mengeluarkan satu resolusi yang mantap yang dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi untuk seterusnya memberikan kebaikan kepada umat Islam keseluruhannya,’’ katanya.

Dalam program hari ini, lebih 100 peserta hadir yang terdiri daripada pemimpin NGO Islam, golongan pendidik, pengusaha sekolah Islam, ahli akademik dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *