MAIM anjur Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017

KUALA LUMPUR 13 Januari – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan mengadakan Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 pada 17 Januari ini bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bengkel yang membawa tema `Memperkasa Pendidikan Islam, Menjana Modal Insan Berpersonaliti Unggul’ antara lain bertujuan menjadi batu loncatan dan permulaan sebelum melaksanakan Kongres Pendidikan Nasional […]

MUIS ambil pendekatan fleksibel isu ‘kek halal’ McDonald’s

SINGAPURA, 12 Januari – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengambil pendekatan fleksibel berhubung kontroversi polisi kek bersijil halal dalam premis makanan pemegang sijil halal. Kenyataan MUIS itu dikeluarkan sebagai mengulas pengumuman restoran McDonald’s Singapura baru-baru ini yang mengatakan kek-kek hari lahir yang dibawa oleh pelanggan ke premis restoran makanan segera itu mestilah daripada sumber yang […]

Dunia mesti bantah rancangan Trump pindah kedutaan AS ke Baitulmaqdis

RAMALLAH, 11 Januari – Pemimpin Palestin hari ini menyeru umat Islam, terutama di Timur Tengah, membantah rancangan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk memindahkan Kedutaan AS di Israel ke bandar yang diduduki – Jerusalem. Amaran juga sudah dikeluarkan bahawa tindakan memindahkan kedutaan AS ke Jerusalem yang diduduki, yang secara tidak langsung mengiktirafnya sebagai […]

Kilang ayam guna Sijil Halal Jakim palsu

NIBONG TEBAL, 11 Januari – Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain, Jawi di sini dikesan menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perbuatan itu dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang membuat pemeriksaan […]

Pencarian Felo Muda Dakwah YADIM 2017

KUALA LUMPUR 12 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa anak muda yang berjiwa hebat dan mahu memartabatkan dakwah memohon untuk menyertai program Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM bagi tahun 2017. Program ini terbuka kepada graduan universiti tempatan atau luar negara dalam pelbagai bidang yang berumur 24-30 tahun dan melalui program ini, mereka yang […]

GPS membimbing remaja bakal siswazah

KUALA LUMPUR 10 Januari – Menyambung pelajaran ke menara gading sememangnya menjadi cita-cita kebanyakan golongan remaja kerana institusi pengajian tinggi (IPT) dianggap sebagai platform mereka untuk berjaya pada masa akan datang. Namun, kejayaan melanjutkan pelajaran ke menara gading bukanlah tiket untuk berjaya dalam hidup andainya seseorang remaja itu gagal mengharungi cabaran dan dugaan yang begitu […]

Tabiat rokok bunuh 8 juta penduduk dunia

Ekonomi dunia tanggung kos kesihatan RM4.47 trilion GENEVA 10 Jan. – Tabiat merokok menyebabkan ekonomi dunia terpaksa menanggung kos kesihatan lebih AS$1 juta trilion (RM4.47 trilion) setahun dan bakal membunuh lapan juta atau sepertiga penduduk dunia menjelang 2030 berbanding pada masa ini. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), […]

Kami tidak mahu pulang – Rohingya

Keganasan ke atas Rohingya menjadikan Myanmar ibarat ‘neraka’ DHAKA 10 Jan. – Pelarian Rohingya di Bangladesh menegaskan mereka tidak mahu kembali ke Myan­mar ketika pihak berkuasa di Dhaka mendesak Yangon supaya ‘mengambil semula’ etnik Islam itu yang dilaporkan mencecah 65,000 orang. Seorang pemimpin masya­ra­kat Rohingya di Bangladesh, Ko Ko Linn berkata, etnik itu sebalik­nya merayu […]

Lima kategori pengurusan kewangan mengikut umur

Mengurus wang membolehkan matlamat kewangan tercapai. Matlamat akan pasti tercapai sekiranya anda membuat sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan dengan betul daripada awal lagi. Berikut adalah lima kategori pengurusan kewangan mengikut umur yang dikemukakan oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Perunding Hijrah Wealth Management Sdn Bhd ketika ditemui baru-baru ini: […]

Piagam Madinah pelopor hak asasi manusia

Oleh AZRIL MOHD AMIN Kita sering mendengar kisah semasa peperangan Siffin mengenai khalifah Islam keempat, Saidina Ali bin Abi Talib RA yang telah keciciran baju perisainya. Apabila pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besinya itu berada di tangan seorang Yahudi yang cuba menjualnya. Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut: “Wahai orang […]