Penjara dua tahun kalau tak solat Jumaat di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Nov. – Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi. Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini. Pindaan Seksyen […]

Jangan campuri urusan agama Islam

Peringatan Abdul Hadi kepada wakil-wakil bukan Islam KUALA LUMPUR 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan tegas kepada wakil-wakil rakyat bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan dengan mereka. Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’, menzahirkan kekecewaan beliau apabila […]

Cadangan pindaan Akta 164 zalim kepada orang yang memeluk Islam

BANGI, 24 Nov. – Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Firdaus Zailani menyifatkan cadangan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) sebagai satu kezaliman daripada pihak kerajaan. Ini kerana, katanya, jumhur ulama silam termasuk Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas bahawa anak akan mengikut agama […]

Harussani gesa jangan berlembut lagi

IPOH 24 Nov. – Negara Islam termasuk Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan mana-mana negara yang melakukan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pendirian negara-negara Islam berhubung penindasan itu perlu dilakukan secara terang-terangan dan bukan sekadar ugutan atau cadangan semata. “Mereka juga lakukan kezaliman dan pembunuhan secara terang-terangan, […]

Penduduk Islam AS bimbang dipantau kerajaan

WASHINGTON 24 Nov. – Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) mengakui merasa bimbang menjadi sasaran kamera pengawasan minggu ini selepas menerima panggilan tinjauan pendapat automatik untuk mengesahkan identiti mereka. Namun tinjauan pendapat menerusi panggilan telefon yang meminta mereka menekan satu jika beragama Islam atau dua jika tidak itu sebenarnya dibuat oleh pertubuhan bukan berasaskan keuntungan […]

Kemuda anjur KDMM 5.0

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berjaya melaksanakan enam siri Kem Daie Muda Matrik (KDMM 5.0) yang merupakan siri kelima program berkenaan setelah tiga tahun hasil kerjasama dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurus Eksekutif Bahagian Kemuda, Zaman Karulani berkata, program berkenaan yang diadakan mengikut zon telah […]

Orang kafir tolak bukti

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata – Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan […]

Cara berhutang yang betul

Oleh MOHD SHUKRI HANAPI Dr. Mohd Shukri Hanapi adalah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hutang dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi Y telah menjadi satu gejala yang sangat membimbangkan. Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Darshan Singh Dhillion menyatakan situasi muflis dalam […]

Hormati RUU 355 – TPM

Bukan hukum hudud, tidak melibatkan bukan Islam Kuala Lumpur 23 Nov. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang merupakan undang-undang untuk orang Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, kekeliruan tidak wajar berlaku dalam kalangan bukan Islam kerana rang undang-undang […]

Myanmar tidak dipeduli

OIC perlu jadikan nasib penduduk minoriti Rohingya agenda utama ANKARA 23 Nov. – Ulama terkemuka Turki menggesa umat Islam memandang serius penderi­taan etnik Islam Rohingya di Myanmar seperti mana juga di tempat-tempat lain dunia termasuk di Syria. Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Turki, Prof. Dr. Mehmet Gormez berkata, berikutan sikap tidak peduli umat Islam ketika […]