Home » Citra Yadim » YADIM bersama Bonda Tun Suzana

YADIM bersama Bonda Tun Suzana

MENYEBARKAN Dakwah di negara ini dilaksanakan dengan sentiasa berpandukan Rukun Negara sebagai pegangan yang terpakai untuk semua warganya.
Tidak ketinggalan juga dengan pihak istana yang sentiasa melindungi kepentingan Islam di negara ini.
Mengambil kita kepentingannya, YADIM pada 26 Mei mengadakan pertemuan dengan Bonda Tun Suzana Tun Haji Othman, seorang pakar yang banyak mengkaji dan menulis tentang Raja Raja Melayu, peradaban serta perjuangan Islam di Tanah Melayu.
Pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus itu banyak menyentuh bagaimana sejarah perjuangan Islam itu mempunyai banyak kaitan dengan aspirasi Malaysia Madani yang kini ditekankan kerajaan.
Menurut Bonda Tun Suzana, Gagasan Malaysia Madani juga berkait rapat dengan peradaban Islam sewaktu Baginda Rasulullah SAW mula menyebarkannya di Madinah.
Turut ditekankan ialah kemestian mendekati golongan muda dalam menyebar dakwah hari ini, terutamanya menggunakan pendekatan media sosial.
Semua ini InsyaAllah akan sentiasa dijadikan panduan dalam inisiatif melestari gerakan dakwah di negara ini.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *