Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan menyantuni mangsa kebakaran

YADIM Kelantan menyantuni mangsa kebakaran

YADIM Kelantan pada 14 Januari telah menziarahi mangsa sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Sultanah Zainab di Kota Bharu.
Kebakaran pada jam 8 pagi 12 Januari lalu telah menyebabkan rumah sewa Ustazah Wan Nuraishah Wan Mohd Ghazali musnah sepenuhnya.
Diwakili oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, badan dakwah ini menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan dapur untuk mangsa kejadian malang ini yang juga merupakan Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang.
Beliau bersama suami dan tiga anak kini menumpang tinggal di rumah ibunya di Kampung Banggol, Kota Bharu.
Hadir sama ialah Penyelia KAFA Jakim, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Ustaz Ahmad Zulhilmi Hasif Muhamad Yasin.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *