Home » Citra Yadim » YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

UNTUK Kemudahan peserta Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam ini (24 Oktober) menunaikan solat, YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk.
Terletak di tempat meletak kenderaan bahagian belakang Axiata Arena, sebanyak enam tangki besar air disediakan.
Setiap tangki memuatkan 1,000 liter dan mempunyai empat pili air. Sehingga 24 orang peserta boleh mengambil wuduk dengan serentak.
Kakitangan YADIM juga berada di kawasan tersebut, bersedia membantu mereka yang memerlukan.
Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam ini bakal turut disertai Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap Palestin.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *