Home » Citra Yadim » Perkenal subjek Perlembagaan Persekutuan

Perkenal subjek Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA 19 Mei – Kerajaan dicadangkan supaya memperkenalkan subjek Perlembagaan Persekutuan di dalam silibus peringkat sekolah rendah.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, beliau mencadangkan perkara itu supaya rakyat Malaysia didedahkan kepada Perlembagaan Persekutuan dari peringkat awal lagi.

“Kita hendak rakyat Malaysia mengetahui apa yang termaktub di dalam Perlembagaan supaya mereka dapat merapatkan hubungan sesama kaum dan bangsa.

“Kita mahu semua rakyat Malaysia bersatu padu semula, demi kepentingan dan kesejahteraan Malaysia. Ini adalah harapan kami untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya semasa Ucaptama Perbincangan Meja Bulat (RTD) Dewan Ilmuan Majlis Dakwah Negara (MDN)- Yadim, di sini, hari ini.

Menurutnya, perpaduan di antara kaum di negara ketika ini tidak begitu mesra, sepertimana ketika beliau kecil dahulu.

Beliau melihat beberapa isu yang berlaku baru-baru ini boleh mencetuskan ketegangan sesama kaum dan ini bukannya satu situasi yang baik dalam usaha negara untuk bergerak ke hadapan.

Justeru, Mohd Noor memohon kerajaan melihat permohonannya itu sebagai satu langkah untuk mengeratkan semula perpaduan sesama kaum di negara ini.

“Saya juga berharap, kalau boleh, kolum kaum di dalam kad pengenalan ditiadakan. Saya rasa kolum kaum di dalam kad pengenalan itu membuatkan kita kurang mesra sesama kita,” ujarnya lagi.

Selain usaha kerajaan, Mohd Noor meminta seluruh rakyat memainkan peranan yang penting dalam usaha mengeratkan semula perpaduan sesama kaum.

“Janganlah kita melihat diri kita kepada warna kulit dan kaum. Nasihat saya, jangan kita bangga dengan kaum yang kita anuti.- www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *