Home » Langit Terbuka » Melaka peruntuk RM4.2 juta bantu fakir

Melaka peruntuk RM4.2 juta bantu fakir

MELAKA 22 Mei – Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sebanyak RM4.2 juta wang zakat untuk diagihkan kepada 6,739 fakir miskin di seluruh Melaka, tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, jumlah agihan berkenaan meningkat sebanyak RM1.19 juta berbanding peruntukan sama bernilai RM3.01 juta, tahun lalu.

Menurutnya, tambahan nilai peruntukan itu adalah disebabkan peningkatan jumlah kutipan zakat tahun lalu sebanyak RM70.5 juta berbanding RM65.9 juta yang dikutip pada 2015.

“Sehubungan itu, MAIM turut mengubah konsep pembahagian zakat pada tahun ini daripada agihan sama rata kepada agihan secara adil dengan menyalurkan bantuan zakat mengikut jumlah isi rumah yang ditanggung pe-nerima.

“Melalui konsep baharu itu, setiap asnaf akan menerima bantuan RM250 selain tambahan RM100 seorang kepada setiap tanggungan berumur 18 tahun ke bawah,” katanya selepas me­nyampaikan Bantuan Ramadan 2017 kepada 1,136 asnaf dalam Parlimen Tangga Batu di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang, di sini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin.

Sementara itu Idris berkata, MAIM juga bersetuju mengekalkan kadar bayaran zakat fitrah di Melaka pada tahun ini sebanyak RM6.70 sama seperti tahun lalu.

“Mereka juga dinasihatkan supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa se­lain menerima resit baya­ran yang di­ke­­l­uar­kan oleh MAIM sahaja,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai bantuan itu jelasnya, inisiatif tahunan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam melakukan persiapan menyambut Ramadan tidak lama lagi.

“Kita maklum hari ini harga barangan semakin meningkat hingga mengganggu keselesaan rakyat namun kerajaan akan memastikan rakyat dibela terutamanya golongan kurang berkemampuan.

“Saya percaya dengan usaha ini, negara dan rakyat dapat hidup dalam keadaan selamat, aman, damai malah boleh berge-rak bebas serta mengamalkan amalan agama masing-masing dengan harmoni tanpa sebarang sekatan,” tambahnya.- www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *