Home » Langit Terbuka » Jawi siasat penganjuran majlis berbuka puasa Gay

Jawi siasat penganjuran majlis berbuka puasa Gay

BANGI, 19 Jun  – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang melakukan siasatan berhubung penganjuran majlis berbuka puasa dalam kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), 10 Jun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Nadia Zammil Md Nasir berkata, pihaknya sedang menyiasat sejauh mana kebenaran tular yang tersebar.

“Menurut sumber, ada yang mengatakan mereka bukan menganjurkan majlis iftar, sebaliknya ada pihak lain cuba melakukan provokasi dengan menggunakan nama iftar.

“Kami masih menyiasat kebenaran perkara ini sebelum memanggil pihak penganjur bagi memberi penjelasan lanjut,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.

Pun begitu, beliau mengingatkan, sebarang aktiviti membabitkan LGBT adalah bertentangan dengan undang-undang sivil dan syariah sedia ada.

“Bagi kumpulan yang mengembangkan fahaman bahawa perlakuan LGBT sebagai sesuatu yang dibolehkan di dalam Islam atas alasan khilaf pendapat, golongan ini boleh didakwa di bawah undang-undang syariah di bawah peruntukan ‘mengeluarkan pendapat bertentangan dengan fatwa’.

“Tetapi bagi kes menggunakan amalan ibadah Islam seperti puasa dan berbuka puasa dan disekutukan dengan kumpulan LGBT serta kumpulan yang menentang syarak, jika perbuatan itu dibuat bagi tujuan sengaja menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, mereka boleh didakwa di bawah peruntukan ‘menghina dan menyebabkan Islam dipandang hina di bawah undang-undang syarak’,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika perkara itu jelas adalah perkara yang disengajakan atau didorong campur tangan pihak luar sebagai salah satu bentuk provokasi, maka isu tersebut akan diselesai mengikut saluran undang-undang.- https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *