Home » Langit Terbuka » Paderi pedofil rogol 30 kanak-kanak tidak dikenakan hukuman

Paderi pedofil rogol 30 kanak-kanak tidak dikenakan hukuman

MEXICO, 19 Jun  – Seorang paderi Katolik dibebaskan oleh gereja walaupun, selepas dia mengaku merogol hampir 30 kanak-kanak perempuan berusia antara 5 hingga 10 tahun.

Jose Garcia Ataulfo ‘dibersihkan’ daripada sebarang kesalahan dan tidak akan menghadapi sebarang tuduhan jenayah, walaupun pada hakikatnya dia tahu dia telah dijangkiti HIV ketika dia mendera secara seksual semua kanak-kanak itu.

Ibu kepada salah satu mangsa menulis surat kepada Pope yang menyatakan permintaan untuk berjumpa dengan beliau di Rom untuk membincangkan kes itu, tetapi telah ditolak oleh Vatican yang mengisytiharkan bahawa “perkara itu ditutup”.

Ataulfo mengaku melakukan serangan seksual terhadap lebih tiga puluh kanak-kanak yang kebanyakannya merupakan perempuan asli dari Oaxaca, sebuah negeri di selatan Mexico.

Disebabkan oleh pengaruh ketara Gereja Katolik di Mexico, paderi itu tidak akan menghadapi sebarang tuduhan jenayah.

Laporan yang pertama kali muncul di laman berita bahasa Sepanyol, Urgente24.com, menyatakan bahawa paderi itu telah dibebaskan daripada sebarang salah laku.

Menurut The Daily Mail, penderaan seksual bawah umur oleh paderi dan pegawai gereja lain semakin meluas di banyak negara, termasuk Amerika Syarikat. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *