Home » Citra Yadim » Meningkatkan kesedaran mengenai sunnah Rasulullah

Meningkatkan kesedaran mengenai sunnah Rasulullah

JOHOR BAHRU 9 Nov. –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan telah mengadakan program `Ziarah Prihatin dan Street Dakwah: Jom Dakwah dan Sukan Sunnah’ Kampung Gunung Pulai pada 2 November lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, program yang melibatkan 58 pelajar Sekolah Kebangsaan Gunung Pulai itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya mengamalkan sunnah Rasulullah.

“Program  ini diadakan secara santai dengan mengadakan program-program seperti sembang santai, pengurusan jenazah dan acara sukan.

“Kaedah santai yang digunakan akan memudahkan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah memahami mesej-mesej yang cuba dibawa,’’ katanya.

ziarah prihatin johor (4) ziarah prihatin johor (3) ziarah prihatin johor (1)

Beliau berkata, sememangnya kaedah santai yang digunakan amat sesuai untuk penyampaian dakwah kepada kanak-kanak kerana kaedah berkenaan lebih menyeronokkan dan mudah difahami berbanding kaedah berceramah.

Menurutnya, YADIM berharap program berkenaan mampu memberikan impak positif kepada para peserta untuk menanamkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah dan seterusnya mengamalkan sunnah baginda.

“Melalui aktiviti praktikal pengurusan jenazah, selain mengetahui cara-cara urusan itu dibuat, adalah diharapkan ia mampu memberi pengajaran kepada para peserta tentang erti hidup dan mati,’’ katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Gunung Pulai,  Rosmayati Hassan berbesar hati dengan kesudian YADIM mengadakan program di sekolah berkenaan dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Ini adalah satu program yang berguna kepada pelajar kerana mereka dapat menimba ilmu dengan luas dan dengan sebab itu kami merancang untuk mengadakan program sebegini dengan lebih besar lagi,’’ katanya.

Dalam program berkenaan, para peserta telah dibimbing oleh guru dari Sekolah Menengah Kulai, Ustaz Mohammad Rashidi bin Khairuddin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *