Home » Citra Yadim » Sinergi badan dakwah mampu beri impak besar

Sinergi badan dakwah mampu beri impak besar

PUTRAJAYA 9 Nov. – Sinergi di antara badan-badan dakwah di negara ini perlu diperkasakan kerana ia mampu memberikan impak besar dalam aktiviti dakwah di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, dalam hal berkenaan, sebagai agensi yang memainkan peranan menyelaraskan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia, YADIM amat terbuka untuk menerima mana-mana organisasi untuk bekerjasama.

“Sememangnya, sinergi di antara agensi dan NGO adalah amat penting kerana kedua-dua pihak mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing yang menyebabkannya saling perlu memerlukan.

“Sinergi di antara kedua-dua pihak ini akan memberi banyak manfaat kepada dakwah dan mampu menghasilkan impak yang lebih baik berbanding jika sesuatu program itu dilaksanakan secara sendirian,’’ katanya.

lawatan UNITY (2) lawatan UNITY (1)

Beliau berkata demikian ketika  menerima kunjung hormat daripada Global Unity Network yang diketuai oleh presidennya, Shah Kirit Kakulal Govindji.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai perkara dan bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai program dakwah terutama dalam konteks menyampaikan mesej-mesej Islam kepada seluruh rakyat Malaysia

Dalam pertemuan itu, Shah Kirit atau lebih dikenali sebagai Brother Shah di kalangan pengiat dakwah, juga bersetuju bahawa sinergi juga perlu wujud bukan sahaja dalam konteks perlaksanaan program malahan dari segi perkongsian data dan maklumat.

“Perkongsian sebegini adalah penting kerana ia membolehkan dakwah dilaksanakan tanpa ada pertindanan peranan di antara badan-badan dakwah ini,’’ katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai program dakwah yang dilaksanakan oleh pihaknya dan menekankan betapa pentingnya kaedah dakwah yang betul digunakan untuk setiap golongan sasaran.

Menurutnya, penggunaan kaedah berhujah yang sering diamalkan pendakwah kini telah memberikan kesan negatif apabila digunakan untuk berdakwah kepada golongan sasaran tertentu sehingga mesej dakwah itu gagal disampaikan.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *