Home » Citra Yadim » 2,000 orang sertai Zikir Perdana

2,000 orang sertai Zikir Perdana

JOHOR Bahru 7 Dis. – Seramai 2,000 orang hadir dalam program Liqa Ukhuwwah Ahli NGO Islam: Majlis Zikir Perdana Negeri Johor yang diadakan pada 24 November 2017 bersamaan 5 Rabiulawal 1439H di Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini, Skudai.

Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, program itu adalah hasil kolaborasi YADIM dan beberapa pihak lain di Johor termasuk badan-badan bukan kerajaan.

Katanya, selain YADIM, pihak yang turut berkerjasama menjayakan Majlis Zikir Perdana Negeri Johor adalah Jabatan Agama Islam Johor, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Ahli Research Group (ARG) Johor, Pertubuhan Al-Quran Dihatiku Johor Darul Takzim dan Jawatankuasa Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini.

“Program ini bertujuan menyebarkan pendidikan ilmu tasawuf melalui pendekatan perhimpunan zikir dalam tarekat serta membina hubungan silaturrahim di kalangan ahli NGO Islam di selatan tanahair,’’ katanya..

Ahli-ahli panel untuk forum pada program ini adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Dato  Haji Nooh Gadot serta  Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati dari tarekat zikir  Shadiliyah dan Sheikh Hj Ahmad Bin Tunggal dari tarekat zikir Khaujakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *