Home » Persuasif » Budaya sains dalam kehidupan umat

Budaya sains dalam kehidupan umat

BUDAYA sains adalah budaya atau cara hidup mendayagunakan akal, ilmu dan kaji selidik. Sebelum Barat berbudaya sains sehingga muncul cara hidnp berteknologi canggih, mereka terlebh dahulu membuka akal fikiran dan menaruh minat yang besar dan tekun terhadap penemuan ilmu di dalam kitab-kitab atau buku-bviku yang merakamkan pelbagai penerokaan ilmu pada zaman lampau.

Rakaman pelbagai penemuan ilmu ini lahir dari kegiatan akliah umat Islam yang gigih menyelidik khazanah ilmu peninggalan pelbagai sumber tamadun, difahami, dikaji selidik dan diperluaskan dengan ketekunan akliah.

Semangat ilmu ini adalah digerakkan oleh al-Quran. Ada dua dorongan di dalam al-Quran yang menyebabkan munculnya ilmuan dan saintis Islam.

Pertamanya, Allah menyifatkan para ilmuan atau ulama adalah terdiri daripada mereka yang merenung seluruh kejadian alam dan memahami rahsia alam itu, hingga muncul keinsafan berdasarkan burhan atau bukti jelas tentang kebesaran Allah.

Keduanya,Allah menunjukkan ke arah keupayaan akal manusia. Allah menyifatkan orang-orang tidak beriman sebagai orang yang tidak berakal. Sedangkan mereka yang menggunakan akal itulah orang beriman.

Al-Quran menganjurkan manusia supaya melakukan penelitian terhadap unta, langit dan bukit tentang bagaimanakah ia dijadikan. Perkataan “kaifa’ dalam bahasa Arab yang ertinya “bagaimana mencabar keupayaan akal menghuraikannya.

Huraian terhadap kejadian unta merupakan suatu penghuraian saintifik. Begitu pula dengan langit dan bukit itu.

Dengan itu, jelaslah ketiadaan berbudaya sains dalam kehidupan umat atau perkembangan sains yang mundur dalam budaya umat, merupakan salah faham terhadap konsep insan sebagaimana yang Allah firmankan.

Ketika Allah mengatakan bahawa dosa atau pahala sebesar zarah sekalipun akan dilihat kelak di akhirat, yang menemui dan memanfaatkan zarah atau atom itu adalah bangsa Barat.

Ketika angkasawan Amerika memacak bendera di perrnukaan bulan, sambil surah ar-Rahman dilagukan dengan merdunya di kalangan umat, ada kalangan kita cuba mendakwa bahawa bulan yang didarati angkasawan Amerika itu adalah rekaan syaitan.Walhal syaitan itu tidak mimpu mencipta bulan!

Anehnya kita merasa menjadi umat yang lebih mulia dengan Islam sedangkan orang kafir yang memusuhi Islam berjaya dengan menghargai akal yang dianjurkan Allah melalui al-Quran. Dan akal mereka menjajah kita.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *