Home » Citra Yadim » Forum Pemantapan Akidah di Batu Kurau

Forum Pemantapan Akidah di Batu Kurau

BATU KURAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan siri Wacana Pemantapan Akidahnya ke Masjid Al Kuraiwi, di sini.

Bagi tujuan itu, satu forum bertajuk “Hijrah”telah diadakan dengan menampilkan Ustaz Ahmad Termizi Abd Razak sebagai penceramahnya.

Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Mohd Afifi Ruslan berkata, program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 200 orang penduduk setempat dan kawasan sekitar menghadirinya.

“Sudah menjadi tanggungjawab YADIM untuk melaksanakan program seperti ini, InsyaAllah kami akan terus komited dalam pelaksanaanya pada masa akan datang juga,”katanya.

Pihak masjid juga mengucapkan terima kasih atas usaha mengimarahkan rumah ibadah berkenaan dan mengalu alukan lagi sebarang kerjasama untuk mengadakan program seumpama itu pada masa akan datang.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *