Home » Citra Yadim » Graduan FMD disaran bawa imej dai

Graduan FMD disaran bawa imej dai

Fuziah bersama graduan selepas majlis penyampaian sijil tamat FMD pada 4 Julai.

PUTRAJAYA – Graduan Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) disaran membawa diri sebagai profesional dengan imej seorang dai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, beliau mempunyai harapan tinggi terhadap graduan ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai golongan dan bukannya dari segi graduan agama tetapi juga berlatar belakang profesional.

Menurutnya, mereka boleh menjadi model dalam masyarakat sekaligus merealisasikan impian rakyat untuk melihat kerjaya profesional yang mempunyai kepelbagaian Islam.

“Graduan ini akan meneruskan hidup mereka, dan mencari kerja seperti biasa, cuma apa yang mereka lalui dalam latihan itu sebagai bekalan dari sudut perspektif yang berbeza.

‘Mereka ini bukan pandai cakap tetapi dapat melaksanakan tingkah laku mereka, dan diterjemahkan,” katanya dalam Sidang Media sempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 dan Graduasi Felo Muda Dakwah (FMD) Sesi 7 dan 8, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Bora Ombak, Putrajaya pada 4 Julai.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad berkata, sejak tahun 2014 pihaknya telah melahirkan seramai 180 graduan.

Menurutnya, untuk hari ini seramai 60 orang pelajar menerima sijil tamat Felo Muda Dakwah (FMD) Sesi 7 dan 8. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *