Home » Citra Yadim » KASYFI 2018 : Menziarahi YDP

KASYFI 2018 : Menziarahi YDP

PUTRAJAYA – Program Kembara Aidilfitri Sahabat YADIM (KASYFI) 2018 Kuala Lumpur/ Selangor melabuhkan tirainya pada 1 Julai lalu dengan majlis penutup diadakan di kediaman Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad.

Lokasi berkenaan sekaligus menjadi lokasi terakhir kembara ahli-ahli Sahabat YADIM yang menziarahi dari rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Seperti biasa, beberapa aktiviti dijalankan semasa ziarah diadakan di rumah-rumah berkenaan seperti bacaan selawat, tausiyyah dan sesi beramah mesra dengan ahli-ahli Sahabat YADIM.

Bagi KASYFI Kuala Lumpur dan Selangor, sebanyak 15 buah lokasi telah menjadi persinggahan sepanjang dua hari bermula 30 Jun hingga 1 Julai 2018 yang melibatkan seramai 20 orang ahli Sahabat Yadim dan empat kakitangan YADIM.

KASYFI adalah program khas yang disusun oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM bagi meraikan kemeriahan Syawal untuk ahli Sahabat Yadim seluruh Malaysia yang sekaligus menjadi platform kepada anak-anak muda membuay perancangan, pelaksanaan dan penglibatan dalam sesebuah program.

Pada  29 Jun,turut diadakan adalah KASYFI Johor yang menumpukan program ziarah di kawasan di sekitar daerah Johor Bahru.

Penyelaras Program KASYFI Johor, Ustaz Muhammad Rasyid Ismail berkata, seramai 14 orang Ahli Sahabat YADIM dari negeri Johor telah terlibat dalam program berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *