Home » Langit Terbuka » Keseimbangan dalam bantu pelarian

Keseimbangan dalam bantu pelarian

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Malaysia akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik jangka panjang kepada masalah pelarian

KUALA LUMPUR  – Malaysia perlu mempunyai keseimbangan dalam membantu para pelarian dengan melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, negara ini akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik bagi jangka panjang kepada masalah pelarian dan bukan hanya penyelesaian secara ‘ad hoc’.

Kerajaan mahu mengangkat martabat setiap insan, khususnya mereka yang rentan, namun begitu, inilah kekurangan yang dihadapi.

“Berikutan ia juga melibatkan soal keselamatan dan infrastruktur,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri juga memohon agar pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyediakan satu pangkalan data bagi kemasukan pelarian yang memasuki sempadan negara ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *