Home » Langit Terbuka » Lelaki ditahan kerana hina Tun M dan Islam

Lelaki ditahan kerana hina Tun M dan Islam

Suspek akan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan

PETALING JAYA: Pihak polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Islam melalui Facebook.

Melalui kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Langkawi IPD pada Khamis, polis berkata, suspek ditahan pada Rabu selepas beberapa badan bukan kerajaan memfailkan laporan polis ke atasnya sehari sebelumnya.

Mereka menyuarakan rasa tidak senang dengan penghinaan yang berlebihan dibuat oleh suspek.

Nama badan bukan kerajaan itu tidak didedahkan.

Penahanan itu dipercayai adalah tangkapan pertama dibuat di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Suspek akan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan. – MSTAR

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *