Home » Citra Yadim » MDN-YADIM memperkasakan tulisan Jawi

MDN-YADIM memperkasakan tulisan Jawi

PUTRAJAYA – Majlis Dakwah Negara (MDN-YADIM) telah menganjurkan Kem Tulisan Jawi pada 2 hingga 3 Julai dalam usaha memperkasakan tulisan berkenaan yang semakin dilupai dan kurang digunakan di kalangan masyarakat di negara ini.

Program berkenaan adalah anjuran bersama  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Sejarah Malaysia dan Panel Memperkasa Tulisan Jawi, Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM.

Program yang diadakan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kuala Lumpur itu bertujuan untuk menggerakkan usaha secara kolektif dalam usaha memperkasakan tulisan Jawi di negara ini.

Usaha MDN dalam mengorak langkah merencanakan aktiviti pemerkasaan tulisan Jawi ini diharapkan dapat menarik minat anak muda atau generasi muda terhadap penggunaan tulisan berkenaan.

Ini adalah kerana usaha perlu dilaksanakan bagi memberikan satu suntikan untuk menanam semangat cintakan tulisan Jawi di kalangan generasi muda agar warisan berkenaan tidak luput.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *