Home » Langit Terbuka » Tiga lelaki curi duit tabung masjid dan surau ditahan

Tiga lelaki curi duit tabung masjid dan surau ditahan

Tabung masjid sering menjadi mangsa golongan tidak bertanggungjawab. (Gambar fail)

KEPALA BATAS – Polis menahan tiga lelaki geng curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Kepala Batas dalam serbuan berasingan di sini semalam dan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan lelaki pertama berusia 21 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Khamis, sebelum menahan rakannya berumur 20 tahun pukul 11.50 pagi semalam.

“Berdasarkan siasatan, dua lelaki itu terlibat sekurang-kurangnya 17 kes curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah SPU sejak tahun lepas dan polis tidak menolak kemungkinan mereka turut terlibat di daerah lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dua lelaki tidak bekerja itu untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka antaranya parang, spanar, skru driver dan besi pengumpil.

Katanya, dua lelaki yang turut mempunyai rekod jenayah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut  Seksyen 379 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *