Home » Langit Terbuka » 1 Mei kekal cuti umum

1 Mei kekal cuti umum

PUTRAJAYA: Cuti umum bagi Hari Pekerja kekal pada 1 Mei seperti tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia menjelaskan, program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kementerian itu mengulas laporan media berhubung kenyataan Menterinya, Datuk Seri Richard Riot, kelmarin yang dilapor memberi bayangan sambutan Hari Pekerja tahun ini mungkin tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan.

Beliau dilaporkan berkata, sambutan mungkin hanya boleh dibuat selepas ‘satu raya besar’ yang merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kenyataan ini diharap menyelesaikan kekeliruan yang timbul,” katanya.- BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *