Home » Citra Yadim » 100 bakul kasih PKP kepada komuniti Taman Melawati

100 bakul kasih PKP kepada komuniti Taman Melawati

GOMBAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz), telah menyampaikan sebanyak 100 bakul sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sini.

Sumbangan tersebut menerusi program YADIM Peduli: Musa’adah dan Misi Kebajikan PKP diadakan di Masjid Al Hidayah di Taman Melawati di sini dalam satu majlis ringkas pada 19 Oktober.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan hadir sendiri menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil wakil penerima yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Hadir sama ialah Nazir Masjid, Ustaz Dr Muhamad Deen Muhamad Napiah, Presiden Geng Ustaz, Kamalhysham Mohd Suhut, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta para pegawai YADIM.

Ustaz Nasrudin dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Geng Ustaz atas kerjasama menganjurkan inisiatif ini dan berharap agar program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, Dr Muhamad Deen sebelum itu dalam ucapan aluannya mendoakan YADIM dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan pada mereka seperti misi kebajikan ini.

Senada dengan beliau, Kamalhysham juga mengucapkan jutaan terima kasih pada YADIM, dan berharap agar dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

YADIM sebelum ini menyampaikan 200 pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Sabah, selain akan menyumbang lebih RM46,000 lagi dalam bentuk pelbagai peralatan kepada tujuh hospital dan klinik kesihatan terpilih di negeri itu.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *