Home » Langit Terbuka » 11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan

11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan

Raja Salman  Abdulaziz Al Saud telah memperkenalkan pembaharuan termasuk pemotongan subsidi, memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan memotong faedah kepada ahli keluarga diraja. Foto : https://ifpnews.com

RIYADH 6 Jan – Seramai 11 putera Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa kerana berkumpul di istana raja di sini kerana membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menghentikan pembayaran bil utiliti mereka, lapor media tempatan pada Sabtu.

Bagaimanpun, pegawai Arab Saudi tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut.

Memetik laporan Reuters, Arab Saudi telah memperkenalkan pembaharuan termasuk pemotongan subsidi, memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan memotong faedah kepada ahli keluarga diraja untuk cuba mengatasi penurunan harga minyak mentah yang menyebabkan anggaran defisit dianggar ke 195 bilion riyal pada 2018.

Menurut portal berita Sabq.org, putera-putera berkenaan telah berkumpul di Qasr al-Hokm sebuah istana kerajaan yang bersejarah dan menuntut pembatalan keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.

Mereka juga menuntut ganti rugi untuk hukuman mati yang dikeluarkan terhadap seorang saudara.

“Mereka dimaklumkan mengenai kesilapan tuntutan mereka, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm,” lapor portal tersebut, memetik sumber yang tidak dikenali.

“Perintah diraja dikeluarkan kepada pengawal kerajaan .. untuk campur tangan dan mereka ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara al-Hayer sebagai persediaan untuk membicarakannya.”

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi menahan puluhan anggota keluarga diraja, bekas pegawai kanan dan pegawai semasa dalam tindakan keras untuk membanteras rasuah sekaligus mengukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman.- Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *