Home » Citra Yadim » 12 terima watikah ALPA YADIM

12 terima watikah ALPA YADIM

YADIM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri beramah mesra dengan sebahagian Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM yang baharu dilantik hari ini

PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dari pelbagai bidang menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.

Watikah berkenaan, disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini hari ini (30 Januari 2019).

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh.

Mendahului penerima senarai penerima watikah ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, diikuti oleh timbalan beliau, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Penerima yang lain adalah  YB Puan Nor Azrina Binti Surip @ Nurin Aina Abdullah, YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh, YB Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib Bin Ali, YBhg. Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Bin Haji Mamat serta YBhg. Datuk Wira Ust. Haji Abdul Ghani Bin Shamsuddin.

Turut menerima watikah mereka ialah YBrs. Dr. Mohd Razak Bin Idris, YBrs. Encik Ahmad Sayuti Bin Bashiron, YBrs. Encik Mohamad Raimi Bin Ab. Rahim serta YBrs. Puan Maznah Binti Daud.

Seorang penerima, YBrs. Tuan Haji Shamsul Ma’arif Bin Haji Ismail tidak dapat hadir kerana sedang mengerjakan umrah.

Terdahulu, Dr Mujahid dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas pelantikan berkenaan dan berharap agar kesemua mereka dapat membantu menyumbang kepada gerak kerja dakwah YADIM.

Menurutnya, beliau yakin akan mendapat YADIM akan mendapat hasil yang terbaik,  daripada pengalaman dan penglibatan ALPA yang baru dilantik ini.

“Saya yakin ini kombinasi terbaik,  walau apa pun orang perkatakan di luar sana, teruskanlah fokus kepada program seperti Sahabat YADIM di kampus universiti, interaksi dengan badan bukan kerajaan, dan khususnya program yang membangkitkan ummah.

“Pedulikan suara suara sumbang, anda yang mempunyai matlamat besar, seringkali dicemburui oleh manusia yang punya tujuan picisan,” tegas beliau.

Kesemua ALPA memulakan tugas pertama mereka dengan menghadiri mensyuarat khas bersama ahli kepimpinan tertinggi YADIM sejurus selepas selesai majlis perlantikan.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *