Home » Langit Terbuka » 13 hotel larang pekerja bertudung

13 hotel larang pekerja bertudung

Sebanyak 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung.

KUALA LUMPUR 28 jan. – Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar ‘standard grooming’ yang melarang pekerja wanita bertudung.

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari lalu, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menasihatkan 13 hotel terbabit mengambil tindakan pembetulan supaya tidak melaksanakan larangan bertudung.

“Kementerian memandang serius terhadap isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan.

“JTKSM akan meneruskan pemantauan ke atas beberapa lagi premis pekerjaan di sektor perhotelan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebagai langkah menangani diskriminasi di tempat kerja, Riot berkata, cadangan pindaan Akta Kerja 1955 susulan larangan bertudung dalam sektor perhotelan, dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, cadangan pindaan ini meliputi kawalan terhadap isu bersabit larangan terhadap pekerja wanita bertudung di tempat kerja.

“Kementerian sedang meneruskan perbincangan melibatkan majikan, pekerja dan kerajaan untuk memperhalusi cadangan pindaan akta itu.

“Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) pada 17 Januari lalu. Hasilnya, MAH memberi komitmen untuk menggesa semua pengusaha hotel di bawah MAH untuk tidak menetapkan sebarang dasar melarang pemakaian tudung di tempat kerja.

“MAH juga menggalakkan semua ahli untuk memasukkan pemakaian tudung sebagai pakaian seragam dalam kod etika berpakaian,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), esok.

Katanya, perbincangan itu bagi memberi penjelasan mengenai langkah menyelesaikan isu larangan bertudung di tempat kerja. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *