Home » Citra Yadim » 1,300 hadiri Multaqa Ahli Sunnah Wal Jamaah

1,300 hadiri Multaqa Ahli Sunnah Wal Jamaah

JOHOR BAHRU 27 Nov. – Seramai 1,300 orang menghadiri program Multaqa Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Kompleks Pusat Islam Iskandar di sini kelmarin.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad berkata, program tersebut bertujuan untuk memperkukuh akidah dan pemahaman golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, program yang pertama kali diadakan itu merupakan kerjasama antara Yadim, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

“Multaqa ini merupakan satu medium untuk mengukuhkan akidah selain memberi lebih pemahaman tentang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dua pembentangan akan dibuat oleh ilmuwan dalam bidang ini, iaitu Kiyai Nur Hidayat Muhammad dan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Dalam program tersebut, Nur Hidayat dari Indonesia me­nyampaikan pembentangan ber­tajuk Bahaya Wahabi Kepada Akidah, Syariat, Ibadah dan Akhlak Muslim Sejati Melalui Misi dan Misinya, manakala Engku Ahmad Fadzil yang merupakan Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia membentangkan kertas kerja bertajuk Istiqamah Dalam Me­laksanakan dan Mempertahankan Tuntutan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Yadim turut bercadang menjadikan program itu sebagai aktiviti tahunan dalam usaha meningkatkan pemahaman dan penghayatan umat Islam di negara ini.- www.utusan.com.my/berita

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *