Home » Citra Yadim » 150 keluarga asnaf bakal terima manfaat program YADIM Melaka

150 keluarga asnaf bakal terima manfaat program YADIM Melaka

BUKIT PALAH – Seramai 150 keluarga bakal menerima manfaat sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka menerusi penganjuran Program Musa’adah Negeri Melaka.

Program selama dua hari pada 25 dan 26 November itu akan diadakan di beberapa lokasi seperti Durian Tunggal, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Serkam dan Alor Gajah.

Ia dianjurkan dengan Kerjasama Pertubuhan Gerakan Pembela Ummah Negeri Melaka dan Melaka.FM

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan akan hadir dan menyampaikan sendiri barangan sumbangan berkenaan kepada golongan yang dikenal pasti memerlukan.

Bakal hadir sama ialah timbalan beliau, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Ab Rahim.

Program program ini juga dijadualkan untuk turut dihadiri oleh Mufti Melaka, Sahibus Samahah, Datuk Abdul Halim Tawil dan Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka, Yang Berbahagia Datuk Kamaruddin Sidek.

Tahun ini, YADIM Melaka giat mengadakan program bagi menyantuni plbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Antara program tersebut termasuklah kunjung hormat ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah pada 7 Ogos bagi merancang program bersama, sumbangan Covid-19 untuk keluarga Rakan Siswa YADIM pada 29 Julai dan sumbangan kotak rezeki kepada asnaf yang memerlukan di Jasin pada 11 Oktober.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *