Home » Citra Yadim » 150 pek makanan untuk keluarga pelajar yatim di Rompin

150 pek makanan untuk keluarga pelajar yatim di Rompin

KERATONG 4 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 23 Julai menyampaikan sumbangan 150 oek makanan kepada keluarga pelajar miskin dan memerlukan Sekolah Kebangsaan Keratong 4 dan Sekolah Kebangsaan Melati di sini.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keratong 4, Yunus Mohamed Ali Fiah dalam satu majlis ringkas di sini.

Hadir sama ke majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Ibam, Yang Berhormat Datin Hajah Shamsiah Arshad, wakil Ahli Parlimen Rompin, Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan Ariffin, En Zahari serta Timbalan Koordinator Sukarelawan YADIM Pahang, Nazri Ahmad.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, juga menyumbang 100 kampit beras untuk tujuan yang sama.

Sebelum itu pada 22 Julai, YADIM Pahang juga menyumbang 185 kampit beras kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Kuantan untuk Program Bakul Penyayang Covid-19.

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *