Home » Langit Terbuka » 16 pegawai dan anggota polis didakwa rasuah

16 pegawai dan anggota polis didakwa rasuah

KUALA LUMPUR 9 Mac : Seramai 16 pegawai dan anggota polis di empat negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini.

SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, suspek terdiri daripada Deputi Superintendan, dua Asisten Superintendan, dua Inspektor dan selebihnya anggota berpangkat rendah.

Katanya, lapan daripada suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

“Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi.

“Kami menegaskan tidak ada mana-mana pihak terkecuali daripada siasatan SPRM termasuk agensi penguatkuasaan sekiranya mereka didapati terbabit dengan rasuah,” katanya.- www.hmetro.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *