Home » Langit Terbuka » 160 pegawai Jakim ditempatkan di hospital tangani kes kemurungan

160 pegawai Jakim ditempatkan di hospital tangani kes kemurungan

Perkhidmatan disediakan JAKIM berkenaan adalah bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital sendiri akibat pandemik Covid-19 dan permasalahan lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto FB

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang melengkapkan 160 pegawai mereka di hospital seluruh negara dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan ‘ilaj syarie’ (rawatan Islam) untuk menangani kes kemurungan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada Isnin berkata, perkhidmatan berkenaan akan diperluaskan ke agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan.

 

Zulkifli berkata, perkhidmatan berkenaan adalah bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital sendiri akibat pandemik Covid-19 dan permasalahan lain.

 

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post Jakim yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan ‘Spiritual Provider’ lantikan Hospital Rehab Cheras (Hospital Rehabilitasi Cheras) akan diberi latihan,” katanya.

 

Menurut Zulkifli, tindakan menempatkan pegawai Jakim itu juga adalah di samping inisiatif MyCareCOV19 yang bermula pada April 2020.

 

MyCareCOV19 merupakan inisiatif Jakim bersama rakan strategik agensi lain dalam menyediakan bantuan kerohanian atau ‘spiritual’ bagi membantu masyarakat Islam dan bukan Islam menangani permasalahan serta isu sosial dan komuniti yang timbul sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. – Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *