Home » Citra Yadim » 20 anak yatim sertai Penerbangan Prihatin

20 anak yatim sertai Penerbangan Prihatin

KOTA KINABALU 11 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah melalui usaha kolaborasi dengan Maswings telah menganjurkan Program Penerbangan Prihatin bagi meraikan 20 anak yatim merasai pengalaman menaiki kapal terbang ke destinasi di negeri berkenaan pada 7 dan 8 Julai lalu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, pada kali ini, program melibatkan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau dan mereka telah diterbangkan ke Kota Kinabalu bagi melawat kawasan-kawasan yang menarik di bandaraya berkenaan.

“Pada hari pertama, mereka telah dibawa ke beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu dan seterusnya makan tengahari di Radio Malaysia Sabah,’’ katanya.

Selain itu mereka juga telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin pada sebelah malam.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata, usaha YADIM dan MASwings yang disifatkan sebagai satu pendekatan dakwah untuk mengajak masyarakat agar lebih  prihatin terhadap anak-anak yatim harus dipuji.

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang terkenal di Sabah dan Sarawak khususnya, kesungguhan MASwings berkolaborasi dengan YADIM dengan menaja tiket penerbangan dari Tawau ke Kota Kinabalu pagi tadi adalah  sesuatu yang sangat murni,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman amat komited dalam menyantuni anak-anak yatim dan melihat golongan itu sebagai satu daripada entiti penting dalam masyarakat.

Katanya dalam belanjawan negeri, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah, sentiasa memperuntukkan  sejumlah dana khusus untuk membantu rumah anak-anak yatim di seluruh Sabah.

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *