Home » Langit Terbuka » 20 syarikat tunai zakat perniagaan

20 syarikat tunai zakat perniagaan

Ahmad Marzuk (lima dari kiri) dan Abdul Aziz (tiga dari kiri) bersama wakil pembayar zakat perniagaan ketika Majlis Zakat Korporat 2022 di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto Kumpulan Karangkraf

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM11 juta kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada Rabu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat Januari hingga Jun 2022, PPZ-MAIWP menerima zakat perniagaan sebanyak RM56.6 juta daripada 2,453 pembayar.

“Kementerian akan memastikan PPZ dan MAIWP dapat menjalankan fungsinya dengan baik, memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melaksanakan rukun Islam dan menyalurkan agihan zakat serta bantuan yang diterima kepada asnaf dan golongan yang layak dengan sebaiknya,” katanya pada Majlis Zakat Korporat 2022 di Hotel Perdana Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

20 syarikat yang menunaikan zakat perniagaan itu ialah Alhijrah Media Corporation yang menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM603,756 diikuti Amanah Hartanah Bumiputera (RM3.2 juta), Carimin Engineering Services Sdn Bhd (RM100,000), Dagang Net Technologies Sdn Bhd (RM130,000), Ekuiti Nasional Berhad (RM500,000), Etiqa Family Takaful Berhad (RM254,600), Etiqa General Takaful Berhad (RM236,200).

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah FGV Group (RM427,654), Geemart Venture (RM200,000), Koperasi Ladang Berhad (RM791,748), KPF Plantation Sdn Bhd (RM119,858), Malakoff Corporation Berhad (RM1.07 juta), Marvel Management Communication Sdn Bhd (RM175,000), Maybank Islamic Berhad (RM708,566) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (RM340,000).

Serahan zakat perniagaan turut melibatkan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) sebanyak RM1 juta; Rakyat Management Services Sdn Bhd (RM1.087 juta), Sime Darby Property Berhad (RM100,000), Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (RM150,000). – Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *