Zionis padam gambar, ayat Quran dalam buku teks Palestin

JERUSALEM, 14 Ogos – Rejim Zionis Israel memadam semua gambar dan tulisan, termasuk berkaitan perjuangan rakyat Palestin untuk hidup di bumi yang dijajah, dalam semua buku teks sekolah Palestin. Laporan akhbar Hebrew, Iroshalim, Kementerian Pelajaran Israel juga mengeluarkan surah al-Quran, puisi dan beberapa lagi kandungan daripada kurikulum sekolah Palestin. Pihak berkuasa Israel baru-baru ini turut […]

Tanggal tudung: Pelajar Arab Saudi saman polis Chicago

CHICAGO, 14 Ogos – Seorang pelajar dari Arab Saudi yang sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris di sini, menyaman bandar ini dan enam anggota polis kerana bertindak kasar terhadapnya di atas tangga stesen kereta api bawah tanah, menanggalkan tudung dan melanggar hak asasinya pada 4 Julai tahun lalu. Kumpulan penyokong Muslim – Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) […]

Mahkamah Perancis kekal pengharaman pakaian renang wanita Islam

CANNES (PERANCIS),  14 Ogos – Pusat peranginan di sini semalam memperoleh sokongan mahkamah untuk mengharamkan ‘burqini’ – pakaian renang Muslim – selepas hakim enggan mengubah keputusannya menghalang wanita Islam memakai pakaian itu. Pihak berkuasa tempatan di bandar Riviera, tuan rumah bagi festival filwm Cannes, mengambil tindakan mengharamkan pemakaian burqini di pantai akhir Julai lalu. Tindakan […]

Doa untuk kesejahteraan Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan umat Islam mendoakan kesejahteraan untuk negara dalam program Doa Untuk Malaysia 2016 di Dataran Merdeka di sini malam ini. Bacaan doa dalam program sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 itu dipimpin oleh Penolong Pengarah […]

Imam ditembak mati selepas solat zuhur

Turut maut pembantunya dalam insiden anti-Islam di New York NEW YORK 14 Ogos – Seorang imam dan pembantunya ditembak mati selepas selesai menunaikan solat zuhur di Masjid Jame al-Furqan di Taman Ozone, Queens di sini semalam, dalam kejadian yang dipertanggungjawabkan ke atas Donald Trump kerana sering mencetuskan sentimen Islamophobia. Maulama Akonjee, 55 dan pembantunya, Thara […]