Home » Langit Terbuka » Doa untuk kesejahteraan Malaysia

Doa untuk kesejahteraan Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan umat Islam mendoakan kesejahteraan untuk negara dalam program Doa Untuk Malaysia 2016 di Dataran Merdeka di sini malam ini.

Bacaan doa dalam program sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 itu dipimpin oleh Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tuan Asmawi Tuan Umar.

Doa tersebut antaranya bertujuan memohon kepada Allah SWT agar negara ini sentiasa aman dan terus maju dalam segala bidang termasuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta cekal menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman dari dalam atau luar negara.

Tuan Asmawi turut mendoakan agar negara ini kekal aman dan bebas daripada perbuatan pihak-pihak yang ingin mencetuskan kemusnahan.

Turut dipohon kepada Allah SWT agar Malaysia dihindari daripada segala bala bencana dan kesulitan.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah, diikuti solat hajat yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Majlis diteruskan dengan selawat dan qasidah yang dipimpin oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Kadir As-Seggaf.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu dilengkapkan dengan ceramah oleh pendakwah dari Indonesia, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Majlis berkenan. turut dijayakan dengan persembahan kumpulan Al-Mawlid, In Team dan Nur Ahli Badar.

Penganjuran program yang memasuki tahun keempat itu turut mendapat kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerang­an, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

– https://www.utusan.com.m

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *