Namewee ditahan di KLIA

PULAU PINANG 21 Ogos – Penya­nyi dan pengarah kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari luar negara hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, Namewee ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan […]

Hillary Clinton terima derma jutawan pro-Israel

NEW YORK 21 Ogos – Sekumpulan jutawan pro-Israel menderma sebanyak AS$154 juta (RM616 juta) untuk kempen politik calon daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, satu sumbangan terbesar setakat ini bagi membantu calon itu menang pada pilihan raya Pre­siden Amerika Syarikat (AS) pada November ini. Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Komunikasi bagi Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) Hillary, […]

Bukan Islam tidak perlu takut hukum Syariah

KUALA TERENGGANU 20 Ogos – Masyarakat bukan Islam tidak harus takut sehingga perlu campur tangan dalam usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana ia tidak menyentuh soal mereka. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, beliau sedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak bagi memberikan lebih kefahaman mengenai pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah […]