Home » Langit Terbuka » Hillary Clinton terima derma jutawan pro-Israel

Hillary Clinton terima derma jutawan pro-Israel

NEW YORK 21 Ogos – Sekumpulan jutawan pro-Israel menderma sebanyak AS$154 juta (RM616 juta) untuk kempen politik calon daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, satu sumbangan terbesar setakat ini bagi membantu calon itu menang pada pilihan raya Pre­siden Amerika Syarikat (AS) pada November ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Komunikasi bagi Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) Hillary, Justin Ba­rasky berkata, kumpulan jutawan Israel itu telah menyalurkan sumbangan sebanyak AS$110 juta (RM440 juta), dan AS$44 juta (RM176 juta) lagi adalah dalam bentuk ‘jaminan’ daripada penderma-penderma, lapor The Hill, yang diterbitkan oleh Capitol Hill Publishing Corporation.

Kenyataan itu turut menyebut George Soros dan Haim Saban merupakan antara penderma terbesar kepada PAC Hillary.

Saban yang disenaraikan sebagai orang ke-143 terkaya di AS, merupakan pengagas Saban Entertainment, sebuah syarikat televisyen bebas Amerika-Israel serta pemilik bersama Univision Communications, sebuah syarikat media terbesar AS dalam bahasa Sepanyol.

Univision mempunyai hubungan bersejarah ‘kerjasama erat dengan Yayasan Clinton’, menurut laporan Alternet.org, kelmarin.

Menurut pendedahan yang diterbitkan oleh OpenSecrets.org, Saban dan isterinya Cheryl menderma sebanyak AS$5 juta (RM20 juta) kepada PAC Hillary sejak tahun lalu.

Sekurang-kurangnya AS$3 juta (RM15 juta) telah disumbangkan selepas Hillary menghantar surat kepada Saban pada Julai tahun lalu, di mana beliau meminta nasihat daripada Saban tentang ‘bagaimana mereka boleh bekerjasama’ untuk menangani peningkatan gerakan pemulauan dan sekatan Israel (BDS).

Saban juga merupakan individu yang sering ‘melaungkan’ bahawa keutamaan beliau bukan kepada dasar demokratik, tetapi lebih kepada dasar-dasar berkaitan Israel.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *