Home » Langit Terbuka » Namewee ditahan di KLIA

Namewee ditahan di KLIA

PULAU PINANG 21 Ogos – Penya­nyi dan pengarah kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari luar negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, Namewee ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan klip video lagunya yang menjadi viral kerana didakwa menghina Islam.

“Namewee ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes ber­kenaan dan akan direman pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung klip video yang dipercayai dihasilkan kru penerbitan Namewee yang memaparkan rakaman nyanyiannya dalam bahasa Mandarin bersama tiga penari latar.

Video tersebut menyaksikan sekumpulan empat lelaki termasuk Namewee menyanyi dan menari dalam beberapa babak sambil berpakaian seolah-olah menggambarkan empat bangsa berlainan dengan salah seorang daripada mereka memakai serban serta membawa senapang.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *