Program bersama TLDM diteruskan

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan meneruskan program kolaborasi bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menyemarakkan lagi kegiatan dakwah melibatkan anggota dan ahli keluarga TLDM. Yang Dipertua Yadim. Dr. Yusri Mohamad berkata, sehingga kini sebanyak dua program Program Dakwah Merentasi Samudera telah diadakan iaitu di Lumut, Perak dan Tanjung Pengelih, Johor. […]

Majlis Zikir Perdana

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Johor dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini telah mengadakan kerajasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertma) menganjurkan Majlis Zikir Perdana bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, pada 10 November lalu. Program telah dimulakan pada […]

YADIM iktiraf MDN gerak usaha dakwah perpaduan

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) diberi kuasa autonomi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggerakkan usaha dakwah, termasuk membina jalinan perpaduan masyarakat. Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad, berkata MDN boleh menggerakkan badan itu mewakili umat Islam khususnya di Kelantan sebagai suara ketiga atau kumpulan pendesak yang tidak bersifat politik. […]

Jangan biarkan perpaduan Melayu retak – MDN

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) mahukan organisasi dalam masyarakat bertindak menghentikan segera perbalahan besar dalam kalangan orang Melayu yang retak akibat perbezaan fahaman politik. Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata pihaknya kecewa dengan perpecahan yang semakin melebar, khususnya dalam masyarakat Melayu akibat perbalahan politik itu dan boleh […]

MDN Kelantan tubuh Majlis Pemuafakatan Ilmu, Profesional

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) Kelantan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Ilmuan dan Profesional Kelantan serta lima jawatankuasa kerja pembangunan masyarakat. Pesuruhjaya MDN Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamat, berkata majlis berkenaan menghimpunkan kepakaran anak Kelantan dalam pelbagai bidang yang ada di dalam dan luar negeri ini. Beliau berkata, menerusi majlis itu idea […]

Sektor kewangan Islam Malaysia
 sumbang 27 % sistem perbankan

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sektor kewangan Islam di negara ini tidak harus leka serta perlu berusaha untuk menjadi sistem kewangan terbaik bagi menarik orang ramai, orang Islam dan bukan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan semasa ketika ini menunjukkan sektor kewangan Islam mempunyai tanda untuk terus berkembang dan […]

Operasi Haji 1437H berjaya – Jamil Khir

Ketika berdepan kenaikan kos haji tahun ini KUALA LUMPUR 21 Nov. – Berkat sokongan pelbagai pihak terutamanya kerajaan, Operasi Haji 1437H dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun berhadapan dengan masalah kenaikan kos haji pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jemaah haji ­Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan […]

6 anggota ‘Al Ansar Imam Mahdi’ dibebaskan

MELAKA, 21 Nov. – Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan 16 anggota kumpulan ‘Al Ansar Imam Mahdi’, termasuk ketuanya dengan jaminan RM1,500 setiap seorang. Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata,semua individu berkenaan yang berusia antara 19 hingga 54 tahun dibenarkan untuk diikat jamin tetapi akan dipanggil semula untuk perbicaraan kes pada 20 […]