Home » Langit Terbuka » Operasi Haji 1437H berjaya – Jamil Khir

Operasi Haji 1437H berjaya – Jamil Khir

Ketika berdepan kenaikan kos haji tahun ini

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Berkat sokongan pelbagai pihak terutamanya kerajaan, Operasi Haji 1437H dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun berhadapan dengan masalah kenaikan kos haji pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jemaah haji ­Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan kerajaan yang begitu prihatin dengan kebajikan dan keselesaan sepanjang menjalankan ibadat haji.

“Ini belum mengambil kira jumlah subsidi haji yang ditanggung oleh Tabung Haji yang melebihi RM160 juta disebabkan kenaikan kos penginapan, ­pe­ngangkutan, makan minum dan lain-lain perkhidmatan demi keselesaan para jemaah.

“Pada masa yang sama, kecemerlangan Malaysia dalam pe­ngurusan haji telah membuka mata orang ramai dan mendapat perhatian negara-negara luar dan ini memberi keyakinan kepada umat Islam bahawa hasil muafakat daripada kerajaan dan swasta pasti akan membuahkan hasil yang terbaik,” katanya ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H/2016M di sini hari ini.

Yang turut hadir, Duta Arab Saudi di Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah.

Kos sebenar bagi setiap jemaah haji tahun ini adalah RM18,890 namun dengan subsidi Tabung Haji sebanyak RM8,910 seorang, maka kadar yang lama iaitu RM9,980 dapat dikekalkan.

Dalam majlis itu, sebanyak 31 jabatan, agensi kerajaan dan swasta termasuk Kedutaan Arab Saudi serta Utusan Malaysia diberi penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan operasi haji di negara ini.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor mewakili Utusan Malaysia menerima cenderamata yang disampaikan oleh Jamil Khir.

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *