Mufti: Bukan muhrim naik Uber, Grab perlu duduk diam di belakang

PETALING JAYA 21 Mac: Berkongsi kereta melalui khidmat Grab dan Uber melibatkan bukan muhrim masih boleh dikategorikan khalwat, kata Mufti Wilayah Persekutuan, tetapi berkata ia dibolehkan dengan syarat penumpang duduk diam di bahagian belakang kenderaan sekiranya mendapati pemandu berlainan jantina. Menjawab soalan mengenai hukum lelaki dan wanita menggunakan perkhidmatan kongsi kenderaan itu, Datuk Dr Zulkifli […]

Masjid Iowa terima nota ancaman

IOWA 22 Mac – Pemimpin Pusat Islam Des Moines mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk berbincang mengenai nota ancaman yang ditemui dalam kotak surat masjid berkenaan. Dr Samir Shams berkata, beliau menemui nota tulisan tangan itu pagi Ahad lalu. Ia tertera, umat Islam adalah orang ‘keji’ dan Presiden Donald Trump akan ‘melakukan kepada umat Islam […]

MDN-YADIM anjur Multaqa Ilmuwan dan Profesional Terengganu

PUTRAJAYA 21 Mac – Buat pertama kalinya, Majlis Dakwah Negara  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MDN) akan menganjurkan Multaqa Ilmuwan dan Profesional Terengganu (MIPT) dengan membawa tema `Peranan Ilmuwan dan Profesional Terengganu Dalam Memangkin Kelestarian Dakwah dan Pembangunan Ummah’. Pengarah Sekretariat MDN, Kapten (B) Shamsuddin Moner berkata, program itu bakal berlangsung pada 25 Mac 2017 bermula […]

Segarkan Pendidikan Islam

REALITI masa kini untuk berkembang dengan lebih berkesan, kita perlu melakukan perubahan atau penambahbaikan agar selaras dengan tuntutan semasa. Ia amat penting bagi mengelak daripada ketinggalan dalam perkembangan pesat arus semasa. Tidak kiralah individu atau produk. Semuanya perlu melalui proses tersebut supaya tidak kehilangan perhatian daripada khalayak. Samalah dengan kurikulum pendidikan Islam yang kualitinya pada […]

Jakim nafi coklat ada ramuan haram

PUTRAJAYA 21 Mac : Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan coklat Eyeglass With Candy mengandungi ramuan dari sumber haram seperti disebarkan pengguna media sosial. Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim menjelaskan adalah tidak benar dan timbul salah faham apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera pada produk itu. […]

Lebih banyak bank Islam perlu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Lebih banyak bank Islam perlu tampil untuk menawarkan penyelesaian teknologi kewangan (FinTech) bagi membezakan Malaysia daripada negara lain di seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, Malaysia berada pada laluan yang betul untuk menuju matlamat ini, diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM). “Apabila […]

`Kecemerlangan’ juga dakwah

KUALA LUMPUR 20 Mac  – Golongan muda Islam perlu memperlihatkan sikap-sikap yang cemerlang dan seterusnya mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi kerana hal demikian juga merupakan satu bentuk `dakwah’. Tokoh korporat, Tan Sri Mohd.  Nadzmi Salleh berkata, generasi muda Islam perlu berusaha dan mempunyai sikap ingin maju agar ia secara tidak langsung memperlihatkan ajaran […]

Bahagian Muamalah YADIM giat sebarkan maklumat

PUTRAJAYA 20 Mac – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan empat program sepanjang Mac ini iaitu program Kembara Muamalah Masjid bersama Felda, Sembang Muamalah, Kembara Muamalah bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Muamalah Milenia. Pengurus Eksekutif Bahagian Muamalah, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, program-program yang diadakan itu adalah bagi menyebarkan maklumat […]

Pindaan Akta 164: Beri kesan kepada Islam

PUTRAJAYA 20 Mac- Satu persidangan meja bulat (RTD) telah diadakan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Mac lalu bagi membincangkan mengenai  cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Dalam RTD itu, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diberikan penerangan oleh dua pakar undang-undang […]

Bendung ajaran sesat

PENDANG 18 Mac – Sistem pengajian secara talaqqi atau berguru dengan kitab turath (kitab warisan) merupakan senjata ampuh bagi umat Islam mengekang ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apa yang dilakukan para guru di pengajian pondok ketika ini adalah tepat dan perlu diperluaskan […]