Home » Langit Terbuka » Lebih banyak bank Islam perlu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan

Lebih banyak bank Islam perlu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Lebih banyak bank Islam perlu tampil untuk menawarkan penyelesaian teknologi kewangan (FinTech) bagi membezakan Malaysia daripada negara lain di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, Malaysia berada pada laluan yang betul untuk menuju matlamat ini, diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Apabila Gabenor sekarang ini Datuk Ibrahim Muhammad mengambil alih jawatan, ucapan umum pertamanya pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 pada Mei tahun lepas, menyebut mengenai perbankan digital.

“Beliau mengatakan bahawa FinTech mencabar status quo dalam industri kewangan, dan model perniagaan baharu akan muncul.

“Beliau juga berkata saluran penyampaian akan mencabar kebiasaan sedia ada, dan kos transaksi akan dikurangkan, dan bukan sekadar melihat FinTech sebagai sesuatu revolusi yang tidak disenangi. Sebaliknya institusi kewangan harus menerimanya sebagai satu peluang,” katanya.

Raja Teh Maimunah berkata demikian dalam program sembang 30 minit bertajuk, Gabungan Unik di Malaysia: Syarikat Permulaan, Bank-bank Kewangan Islam, pada  Persidangan Finnovasia selama dua hari bermula hari ini.

Beliau juga memberi penekanan bahawa Muhammad, dalam ucapan beliau turut menyebut bahawa antara 10 peratus dan 40 peratus daripada perolehan keseluruhan perbankan akan berdepan risiko menjelang 2025 disebabkan teknologi kewangan atau inovasi fintech.

Maybank, RHB dan CIMB adalah tiga bank di Malaysia yang melaksanakan FinTech dengan pantas, dan buat masa ini ia bekerjasama dengan syarikat berkaitan bagi meningkatkan penyelesaian digital untuk pelanggan mereka.

Raja Teh Maimunah berkata, walaupun arah alirannya menggalakkan, terdapat beberapa Bank Islam lebih kecil yang tidak menyedari bahawa penyelesaian digital merupakan satu-satunya cara untuk mereka berkembang.

Memandangkan bank-bank itu kecil dan muncul lewat dalam industri ini, bank tersebut tidak boleh maju secepat bank konvensional dari segi rangkaian cawangan dan sebagainya.

“FinTech adalah penyelesaian untuk ini. Malangnya dalam banyak contoh, Bank Islam di Malaysia bukannya bank-bank kendiri, tetapi merupakan anak-anak syarikat daripada bank konvensional dan kebanyakannya diterajui oleh bank konvensional,” katanya.

Bagi perkembangan industri tersebut dalam kalangan syarikat pesat membangun, beliau berkata usaha penggabungan bank-bank dan pembelian bank akan membolehkan bank-bank tersebut berkembang.

“Berdasarkan penyelidikan yang telah saya baca, kebanyakannya tidak bertahan melebihi 20 bulan, malah terdapat syarikat yang ditutup akibat kekurangan dana, walaupun mempunyai idea yang pintar,” kata Raja Teh Maimunah.

Beliau menyebut iflix, sebagai contoh, adalah syarikat perkhidmatan langganan video atas permintaan yang berpangkalan di Malaysia, memasuki ke pasaran sebanyak tiga kali untuk mengutip dana. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *