Home » Citra Yadim » Pindaan Akta 164: Beri kesan kepada Islam

Pindaan Akta 164: Beri kesan kepada Islam

PUTRAJAYA 20 Mac- Satu persidangan meja bulat (RTD) telah diadakan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Mac lalu bagi membincangkan mengenai  cadangan meminda Akta membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

Dalam RTD itu, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diberikan penerangan oleh dua pakar undang-undang iaitu Presiden Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan peguam Lukman Sheriff Alias.

Turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Akta 355 UMMAT- Hj. Aminuddin Yahaya, sementara Prof Dr Amini Amir bertindak sebagai pengerusi.

Dalam perbincangan itu, Zainul Rijal telah menyatakan pendapatnya yang antara lain beranggapan pindaan berkenaan tidak `berpelembagaan’ atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan berkenaan bertentangan dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, berkaitan hak penjagaan anak di bawah usia 18 tahun yang menafsirkan agama anak hendaklah ditetapkan sama ada oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

“Banyak kes-kes terdahulu adalah berdasarkan tafsiran ini dan sekiranya pindaan hendak dibuat pada Akta 164 maka pindaan perlu dibuat terlebih dahulu kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu pada Perkara 12 (4),’’ katanya.

Beliau menyifatkan pindaan yang hendak dibuat itu adalah suatu langkah `ke belakang’ dalam konteks pelaksanaan syariat Islam  dan menyebabkan ketidakselarasan dengan enakmen-enakmen pentadbiran negeri-negeri.

Beliaujuga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah tribunal bagi menjadi perantara bagi kes-kes yang melibatkan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah namun berpendapat kes-kes berkenaan tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk mitigasi mahkamah.

“Kes-kes yang timbul perlu menggunakan pendekatan mediasi dan dilaksanakan secara tertutup kerana ia adalah isu-isu peribadi dan tidak seharusnya disiarkan di media massa,’’ katanya.

Sementara itu Lukman Sheriff berkata, pindaan yang dicadangkan itu akan menafikan bidang kuasa mahkamah syariah dan terdapat kebimbangan bahawa pindaan itu akan menggalakkan penukaran agama kepada agama bukan Islam.

Beliau berkata, pindaan itu akan hanya memberikan kuasa eksekutif kepada mahkamah sivil dan menafikan prinsip-prinisp undang-undang syariah.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *