Home » Langit Terbuka » Masjid Iowa terima nota ancaman

Masjid Iowa terima nota ancaman

IOWA 22 Mac – Pemimpin Pusat Islam Des Moines mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk berbincang mengenai nota ancaman yang ditemui dalam kotak surat masjid berkenaan.

Dr Samir Shams berkata, beliau menemui nota tulisan tangan itu pagi Ahad lalu.

Ia tertera, umat Islam adalah orang ‘keji’ dan Presiden Donald Trump akan ‘melakukan kepada umat Islam apa yang dibuat Hitler kepada puak Yahudi’.

Nota itu ditandatangani dengan ‘Americans for a Better Way.’

Shams berkata, penduduk Islam perlu mengambil serius nota seumpama itu dan bercadang mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) cabang Iowa mengeluarkan siaran akhbar menggesa siasatan mengenai jenayah benci dilakukan.

CAIR berkata, mesej sama dihantar ke beberapa masjid lain di Iowa dan tempat lain. – AP

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *