Hindraf kumpulan pelampau, pencetus ketegangan Islam-Hindu: Dr Asri

BANGI, 25 April – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) adalah pertubuhan pelampau yang mencetuskan ketegangan antara penganut Hindu dan Muslim dalam negara ini melalui tindakan-tindakan mereka sejak dahulu, tegas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Dalam satu kenyataan di laman Facebook semalam, Asri berkata, masyarakat sewajarnya menghindarkan diri daripada tindakan provokasi persatuan Hindu […]

Santai Bersama YADIM @ Street Da’wah dapat sambutan baik

SUNGAI PETANI 21 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan Program Santai Bersama YADIM @ Street Da`wah pada 13 hingga 17 April lalu melibatkan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Hussain berkata, program berkenaan telah berlangsung di perkarangan Padang Awam Masjid Kampung Perlis Balik […]

Laporan pemerhati Eropah berat sebelah: Menteri Luar Turki

ANKARA, 20 April – Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mendakwa, laporan kritikal pemerhati Eropah berhubung pungutan suara yang meluaskan kuasa Presiden Turki mengandungi beberapa kesilapan yang disengajakan. Beliau berkata, Pemantau daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) serta Majlis Eropah mendakwa pungutan suara yang dibuat tidak seimbang. “Laporan OSCE itu tidak boleh dipercayai kerana […]

Hina al-Quran: Ahok bebas?

Dikenakan pengawasan selama dua tahun JAKARTA 20 April – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama terlepas hukuman penjara atas tuduhan menghina al-Quran selepas pendakwaraya mencadangkan beliau hanya di­letakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa. Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok tewas dalam kes tersebut tetapi Ketua Pendakwa Ali Mukartono hanya menge­syorkan pengawasan selama dua tahun dan […]

Ahok tewas di tangan Anies

Pilihan raya disifatkan lancar tapi ‘paling kotor’ JAKARTA 18 April – Bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan mendahului pencabarnya, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja dengan 58 peratus pungutan undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung hari ini. Ahok menerima 42 peratus undian dalam keputusan tidak rasmi berdasarkan pengiraan awal oleh pusat pemantau pengundian swasta, Indikator […]

Siasat kenyataan Kassim Ahmad ikut Akta Hasutan: CENTHRA, CLJ, YP, PPMM dan iPeguam

BANGI, 19 April – Lima pertubuhan pengamal undang-undang dan profesional meminta pihak berautoriti untuk menyiasat kenyataan tokoh anti-hadis, Kassim Ahmad yang mahu kedudukan Islam sebagai agama negara dibuang daripada Perlembagaan. Kenyataan Kassim yang disiarkan portal berita The Malaysian Insight – sebuah portal baharu yang menggantikan The Malaysian Insider yang pernah diharamkan kerana menghasut – pada […]

Belia habiskan empat jam sehari layari media sosial

CYBERJAYA 18 April – Purata golongan belia negara ini mempunyai empat akaun media sosial dan menghabiskan selama empat jam sehari melayari media sosial berbanding trend masyarakat dunia kini, dua jam sehari. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, golongan ber­kenaan yang berusia 15 hingga 40 tahun merupakan 77 peratus daripada lebih 24 juta […]

Zakir bertaraf penduduk tetap

PUTRAJAYA 18 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bukan warganegara dan tidak menetap di Malaysia sebaliknya hanya memiliki status penduduk tetap di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Zakir mendapat status penduduk tetap lima tahun lepas dan beliau tinggal di beberapa negara lain. “Beliau (Zakir) mendapat status […]

500,000 tinggalkan Mosul sehelai sepinggang: PBB

BAGHDAD, 18 April  – Hampir 500,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka sejak tentera Iraq melancarkan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman militan. Angka itu didedahkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam dengan mendakwa jumlah itu sangat mengejutkan. Penyelaras kemanusiaan PBB di Iraq, Lisa Grande dalam kenyataan berkata, jumlah orang awam yang masih melarikan diri dari Mosul menunjukkan mereka […]

Kewujudan tadika Islam di Austria cetus debat

VIENNA 17 April – Satu kajian yang mengandaikan kewujudan tadika-tadika Islam di ibu negara ini akan menyebabkan munculnya sebuah kumpulan minoriti agama dan seterusnya melahirkan pertubuhan radikal tempatan pada masa akan datang, telah mencetuskan perdebatan hangat di Austria. Menurut penulis kajian itu, Ednan Aslan, kira-kira 10,000 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun kini […]