Home » Langit Terbuka » Hina al-Quran: Ahok bebas?

Hina al-Quran: Ahok bebas?

Dikenakan pengawasan selama dua tahun

JAKARTA 20 April – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama terlepas hukuman penjara atas tuduhan menghina al-Quran selepas pendakwaraya mencadangkan beliau hanya di­letakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa.

Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok tewas dalam kes tersebut tetapi Ketua Pendakwa Ali Mukartono hanya menge­syorkan pengawasan selama dua tahun dan bakal dikenakan hukuman penjara selama setahun jika beliau melakukan jenayah dalam tempoh itu.

Cadangan hukuman atas dakwaan menghina Islam itu dikemukakan sehari selepas Ahok dilaporkan tewas di tangan pencabarnya yang juga bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan dalam keputusan awal undian pemilihan Gabenor Jakarta semalam.

“Dalam tempoh dua tahun, jika Ahok tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah seperti rasuah, mencuri, beliau akan dibebaskan.

“Jika dalam tempoh itu, beliau melakukan perbuatan jenayah, hukuman penjara selama setahun akan dikenakan,” kata peguamnya, I Wayan Sudirta kepada AFP.

Pendakwaraya sebelum ini mencadangkan Ahok disabitkan dengan dakwaan lebih rendah yang membawa hukuman maksimum penjara selama empat tahun.

Bagi dakwaan yang lebih serius, defendan hendaklah dituduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja.

Cadangan hukuman adalah prosedur biasa dalam kes mahkamah di Indonesia dan biasanya akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa ming­gu. – AFP- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *